Portal Komuniti e-Pembelajaran Iklaneka
tmsSEED - Smart Extended Education System
Laman Utama
Berita Tempatan
Karnival Keusahawanan Sosial 2010
Berita Umum
Terkini
Pendidikan
Organisasi
Peta
Produk Tempatan
Maklumat Am
Galeri
Komen
eUcapan
eTempahan
Link
Kandungan Tempatan
Lain-Lain Pautan
Daftar untuk mendapatkan maklumat terbaru daripada laman web

Maklumat-maklumat Am

      Fakta Menarik Mengenai Bau
Tahukah anda bahawa Bau pernah dilanda banjir besar? Pada tahun 1963 Bau pernah ditenggelami air sehingga paras 10 kaki !!

Mengapa anda perlu melawat bau?
Selain daripada keunikan latar belakang sejarahnya, Bau sebenarnya mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk di lawati. Antaranya adalah :


Lubang Angin


Salah satu tarikan Bau adalah Gua Lubang Angin (Wind Caves) yang terletak lebih kurang 3 km dari Bandar Bau. Laluan anak sungai di dalam gua dan tiupan angin yang keluar dari gua tersebut menyebabkan gua tersebut dikenali sebagai "Lubang Angin".

Gua tersebut telah dibangunkan dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain oleh Jabatan Hutan Negeri dan diwartakan sebagai Taman Rimba (Jungle Parks).

 


Baruk
Baruk adalah satu senibina kaum Bidayuh. Pada masa dahulu, Baruk adalah tempat untuk kaum Bidayuh menyimpan koleksi tengkorak musuh-musuh mereka dan tempat untuk menjalankan upacara keagamaan untuk menenangkan roh "Tikurouk" (tengkorak-tengkorak musuh) . Sekarang ia tidak lagi diamalkan kerana kebanyakan kaum Bidayuh telah beragama Kristian.

Fairy Caves
"Fairy Caves" terletak lebih kurang 8 km daripada Bandar Bau. Ianya dikenali kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah cerita dongeng tempatan. Kaum Bidayuh percaya bentuk-bentuk batu yang seakan-akan menyerupai bentuk manusia asalnya dahulu adalah manusia. Disebabkan kekejaman mereka kepada sepasang anak yatim, penduduknya telah disumpah menjadi batu.

Kaum Cina pula telah membina beberapa buah makam di dalam gua tersebut di samping beberapa buah patung Buddha.

Gua ini juga telah diwartakan sebagai salah satu Taman Rimba dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain oleh Jabatan Hutan Negeri.

Dewan Suarah Bau
Dewan Suarah Bau adalah mercu tanda Bandar Bau. Mercu tanda moden ini mula dibina pada June 1998 dengan kos sebanyak RM4.6 juta dan siap dibina sepenuhnya pada tahun 1990. Dewan Suarah Bau telah dirasmikan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada 27 Mei 1990.

Tasik Biru
Tasik Biru pada asalnya adalah sebuah lombong emas. Kini Tasik Biru menjadi salah satu tarikan pelancong untuk mengunjungi Daerah Bau.

No Events

Hak milik Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan ©2009.

Developed and designed by The Media Shoppe.